Discography of M. Fadzil by MuzikNusantara (1966-1971). M. Fadzil, whose real name was Mohd Fadzil Saidon, came from Pontian, Johor, and became one of the familiar voices of the Malay pop scene in the 1960s and early 1970s. He started singing in 1963, when he was still training to become a teacher, as lead singer of Les Coasters, a five-piece group formed with fellow teacher-trainees. After finishing his training in 1965, Fadzil began recording more seriously. Les Coasters backed him on songs such as “Chahaya Harapan” and “Sayang Oh! Sayang”, and the records brought him a wider audience. He also became closely associated with fellow teacher and singer Orchid Abdullah. Their duet “Ikatan Janji”, recorded in 1967, became one of his best-known songs and was featured in the film “A-Go-Go ’67”, where they appeared with Les Coasters. M. Fadzil continued recording through the late 1960s and into the early 1970s. “Kenangan Ku” appeared on his 1968 EMI recording, while “Kesah Dongeng Sang Pelangi”, recorded in 1970, carried some of the pop yeh yeh sound that audiences had come to associate with him. But singing was never really the centre of his life. Teaching was. M. Fadzil treated music as a part-time pursuit and had obtained permission from the Education Ministry to continue performing while working as a teacher. By the mid-1970s, he was singing less and putting more time into teaching and his family. He still performed when invited, particularly at education and public-sector events, and helped establish traditional music ensembles and school choirs in Johor Bahru. He later became headmaster of SK Taman Pelangi in Johor Bahru, serving from 1990 until his retirement four years later. He died in 2016, aged 76. For all the records he made, M. Fadzil seemed to regard music as something he loved rather than something he needed to build his life around. That probably explains why his story feels different from many pop singers of his generation: he became famous, but he remained a teacher first. Al-Fateha for Mohd Fadzil Saidon (1940 – 27 January 2016). ——— M. Fadzil, atau nama sebenarnya Mohd Fadzil Saidon, berasal dari Pontian, Johor. Beliau mula menyanyi pada tahun 1963 ketika masih mengikuti latihan perguruan. Pada masa itu, beliau menjadi penyanyi utama kumpulan Les Coasters, sebuah kumpulan lima orang yang ditubuhkan bersama rakan-rakan seperguruan. Selepas menamatkan latihan perguruan pada tahun 1965, M. Fadzil mula aktif membuat rakaman. Les Coasters mengiringinya dalam lagu seperti “Chahaya Harapan” dan “Sayang Oh! Sayang”, yang membantu memperkenalkan namanya kepada lebih ramai pendengar. M. Fadzil juga sering dikaitkan dengan penyanyi Orchid Abdullah. Mereka merakam lagu duet “Ikatan Janji” pada tahun 1967. Lagu itu turut digunakan dalam filem “A-Go-Go ’67”, yang menampilkan mereka bersama Les Coasters. Beliau terus merakam lagu pada penghujung 1960-an dan awal 1970-an. Antaranya ialah “Kenangan Ku”, yang dirakam pada tahun 1968, dan “Kesah Dongeng Sang Pelangi”, yang dirakam pada tahun 1970. Lagu-lagu ini masih mempunyai pengaruh muzik pop yeh yeh yang popular pada ketika itu. Namun, kerjaya utama M. Fadzil sebenarnya ialah sebagai seorang guru. Menyanyi merupakan aktiviti sambilan baginya. Beliau mendapat kebenaran daripada Kementerian Pelajaran untuk terus membuat persembahan ketika bekerja sebagai guru. Menjelang pertengahan 1970-an, M. Fadzil semakin kurang menyanyi dan lebih menumpukan perhatian kepada kerjaya sebagai guru serta keluarganya. Beliau masih membuat persembahan apabila mendapat jemputan, terutama untuk acara berkaitan pendidikan dan sektor awam. Beliau juga terlibat dalam penubuhan kumpulan muzik tradisional dan koir sekolah di Johor Bahru. M. Fadzil kemudiannya menjadi guru besar di Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi, Johor Bahru. Beliau memegang jawatan itu dari tahun 1990 sehingga bersara pada tahun 1994. M. Fadzil meninggal dunia pada tahun 2016 pada usia 76 tahun. Walaupun pernah dikenali sebagai penyanyi pada era 1960-an dan awal 1970-an, beliau lebih banyak menghabiskan hidupnya dalam bidang pendidikan. Bagi beliau, muzik merupakan minat dan aktiviti sampingan, manakala tugas sebagai guru menjadi kerjaya utamanya. Al-Fatihah buat Mohd Fadzil Saidon (1940 – 27 Januari 2016).