
Pada tahun 1986 setelah pengunduran Ramli Sarip dari Sweet Charity untuk membina karier beliau sebagai artis solo, kumpulan Sweet Charity tetap cuba meneruskan perjuangan mereka dengan menampilkan vokalis wanita bernama Zaitun. Gandingan ini digelar dengan nama Sweet Charity '88 (sempena album yang lahir di awal tahun 1988). Gandingan ini walaubagaimanapun tidak mendapat sambutan yang baik, walaupun Sweet Charity meneruskan sound hard rock awal 80an ala2 album Berita Gempa (1985) mereka. Sweet Charity '88 akhirnya berpecah sejurus selepas kelahiran album ini menjadikan album '88 sebagai album terakhir Sweet Charity. SWEET CHARITY '88 - '88 (1988) 01. Padah 02. Cinta dan Cipta 03. Peracun 04. Jangan Rayu Ku Lagi 05. Terpedaya 06. Dalam Kenangan 07. Angkara Iblis dan Syaitan 08. Melodi untuk Ina 09. Jangan Laju-Laju 10. Kedamaian Kasét rip oléh Daeng Hasri.