Loading home…

Sebelum menempa nama sebagai seorang komposer lagu-lagu balada dan pop pada era 90an, Eddie Hamid asalnya merupakan seorang penyanyi rock di léwat 1980an. Muatnaik ini dari album pertama Eddie Hamid berjudul Suara Kedamaian terbit menerusi syarikat rakaman Family Group Musical (FGM) pada tahun 1989. Menariknya beberapa lagu berentak balada / slow rock nyanyian Eddie Hamid dalam album ini mempunyai pengaruh yang iras dengan lagu-lagu pop balada ciptaannya di era 1990an. Kasét rip oléh Daeng Hasri.