Loading home…
Pilihan lagu lagu tradisional terbaik SRC yang pernah menjadi femomena industri muzik tanahair. Kemunculan kembali Noraniza Idris menerusi album 'Awallah Dondang' menjadi pembuka tirai lagu2 tradisional yang kian menyepi. Konsep ini diteruskan lagi oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza melalui album 'Cindai', makanya lagu lagu tradisional terus menjadi kegilaan dan ianya bukan sahaja digemari golongan tua, malah hinggakan dari kanak2 hingga para remaja juga menggemari lagu2 tradisional. Noraniza Idris diberi penghargaan dengan gelaran sebagai Ratu Pop Tradisional. Seterusnya konsep ini dibawakan oleh Nurhaida dan Natasha, dua artis remaja SRC yang dianggap sebagai pelapis dalam membawakan lagu lagu tradisional.