Nama diberi Putra Amirulmukmin Bin Sulizi atau nama pentisnya Putra Amirul / Putra Anak Ular. Bergiat aktif dalam dikir barat bermula dari sekolah rendah dengan bermain alat muzik dikir barat. Pernah mewakili kebangsaan negeri Terengganu dalam pertandingan dikir pengcegahan dadah tiga tahun berturut-turut dan mendapat anugrah pemuzik terbaik semasa sekolah menengah. Pada tahun 2012 cuba untuk memberanikan diri dalam bidang tukang karut di pentas dikir program realiti tv. Banyak pertandingan telah disertai dan mendapat beberapa kali gelaran tukang karut terbaik. Antaranya tukang karut terbaik belia perak, tukang karut terbaik tertutup uitm dan tukang karut terbaik IPG Malaysia. Mula merakam album bermula tahun 2013 bersama Cikgu Sulizi dalam album Epilog Cinta 6 dan beberapa album lain lagi. sehingga kini masih merakam album dan bergiat aktif dalam bidang pengkaryaan lagu untuk konten youtube.